Kalau nak biasakan diri tukar kord ambil lagu yang pantas tapi kord mudah..ikut perlahan2 dan alihkan kord selaju yg mampu..bila dh agak mahir beralih ke kord yg lebih sukar..memang mula2 agak menjemukan sbb nk tukar kord kna tengok mana jari nak letak tapi kena ada kesungguhan dan minat..
Salah 1 cara terbaik nak belajar gitar iaitu main gitar dalam gelap..tutup lampu dan mainkan apa2 lagu..anda boleh memahirkan diri untuk menukar kord sbb dlm gelap kita bergantung pd jari sepenuhnya untuk menekan kord yg betul..
Biasakan diri menyanyi mengikut petikan gitar yg kita mainkan..lambat laun kita dapat bermain gitar mengikut tempo yg betul..
Itu serba sedikit teknik belajar gitar yg tak seberapa..apapun belajar gitar adalah mengenai kesungguhan dan minat..